Ibarat Buah Tembikai
Sesungguhnya, setiap daripada kita pasti menginginkan kehidupan yang
indah, damai dan bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana anasir yang mampu
merobek kebahagiaan yang kita alami. Kita impikan seluruh kehidupan
kita ini berjalan dengan sebaiknya, malahan kita selalu meminta kepada
Yang Maha Kuasa supaya diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Namun, saat ujian datang
menjengah dalam hidup kita, bagaimana penerimaan kita? Bagaiman reaksi
kita dalam menghadapi segala dugaan yang kita rasakah tidak pernah
putus?
Adakah kita redha menerima segala ujian yang diberikan?
Adakah kita terus-terusan menyalahkan Si Pemberi Ujian?
Atau adakah kita hanya bermuram durja lantas terus berhenti berharap kepadaNya?
Kita sentiasa mahukan buah tembikai yang manis, merah isinya dan
mengandungi banyak jus. Namun kadang-kala, selepas tembikai dibelah,
harapan kita seakan-akan hancur melihatkan buah yang disangka manis
adalah tawar, isi yang disangka merah rupanya merah pucat, bahkan jus
pula kurang. Lantas kita terus menyalahkan pembeli, penjual dan penanam
tembikai itu; tanpa disedari kita seolah-olah menyalahkan Pencipta
tembikai itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa komen anda