Susunan ayat yg memperlihatkan satu rangkaian buah fikiran, fakta atau cerita, perbincangan atau pertukaran idea secara spontan.
Selasa, 12 November 2013
MESEJ TERSIRAT
Tengahari itu matahari memancar dengan sangat terik. Bahangnya sangat kuat. Peluh keluar sesuai dengan keringat yang dicurahkah. Rasanya begitu enak kalau dapat minum air bersama ais. Tapak pembinaan itu sungguh bising. Bunyi deruman mesin disamping jeritan-jeritan pemantau kontraktor menambah lagi kebisingan di kawasan pembinaan itu.
Dari tingkat atas pembinaan, seorang pemuda sedang tekun menyapu simen pada dinding bangunan baru yang sedang dibina. Setelah penat, dia berhenti sekejap. Memandang dengan asyik pekerja di bawah yang sedang bertungkus lumus sedang mencampurkan adunan simen. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing dek mencari sesuap rezeki.
Matanya tiba-tiba berhenti pada sesuatu. Dia dapat melihat sebatang besi besar telah hampir untuk jatuh dari atas. Dia perlu cepat bertindak memberitahu orang di bawah sana. Jika tidak, tentu ada yang tercedera. Bencana di tempat pembinaan bukanlah boleh di buat main-main. Terleka sahaja, ia mungkin mengundang maut. Dia cuba menjerit dengan kuat dari atas. Tetapi jeritannya itu ditenggelami oleh bunyi deruman mesin. Nyata dia tewas. Suaranya tidak berjaya menarik perhatian orang di sana.
Lantas dia mendapat idea. Dikutip beberapa batu yang terdapat dalam adunan simen itu. Dibalingkan batu itu kepada rakannya yang berada di bawah. Batu yang mengena kepala mereka membuatkan mereka memandang ke atas. Mesej dapat disampaikan. Malapetaka dapat diselamatkan.
Kisah yang dikongsikan merupakan analogi tentang kehidupan kita. Pekerja di bawah adalah umpama kita. Pekerja yang di atas adalah tuan kita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, atau kesakitan atau malapetaka.
Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu, kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusan dunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan dan berlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas. Kita begitu asyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan kita untuk melihat ke atas. Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkan-Nya kepada kita. Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas. Melihat ke atas supaya kita tidak leka dengan urusan dunia. Melihat ke atas supaya kita sering mengingati-Nya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjuk-Nya. Melihat ke atas supaya kita dekat dengan-Nya.
Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah Tuhan tidak menyayangi kita. Tetapi ia mungkin perkara disebaliknya. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batu kecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat dengan-Nya.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hamba-Nya begitu hampir dengan-Nya.
BERAMAL BIARLAH IKHLAS
“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
BAHAGIAKAH KITA ?
Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…
“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?
Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah s.a.w. dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah s.a.w. tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah s.a.w. sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu?
Hakikatnya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.
Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah terciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiahnya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya “kaki masjid”, kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang menghadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi’li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir Pada Lidah (Qauli)
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma’thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Zikir Pada Hati (Qalbi)
Tidak cukup sekadar “membaca” atau “menyebut” kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan “Subhanallah” apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Zikir Pada Perbuatan (Fi’li)
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik “Subhanallah” itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia “menyucikan” dirinya sendiri.
Ya,
kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang
daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir
yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara
bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu
yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba
dalam hidup.
BUAH TENBIKAI
Ibarat Buah Tembikai
Sesungguhnya, setiap daripada kita pasti menginginkan kehidupan yang indah, damai dan bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana anasir yang mampu merobek kebahagiaan yang kita alami. Kita impikan seluruh kehidupan kita ini berjalan dengan sebaiknya, malahan kita selalu meminta kepada Yang Maha Kuasa supaya diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Namun, saat ujian datang menjengah dalam hidup kita, bagaimana penerimaan kita? Bagaiman reaksi kita dalam menghadapi segala dugaan yang kita rasakah tidak pernah putus?
Adakah kita redha menerima segala ujian yang diberikan?
Adakah kita terus-terusan menyalahkan Si Pemberi Ujian?
Atau adakah kita hanya bermuram durja lantas terus berhenti berharap kepadaNya?
Kita sentiasa mahukan buah tembikai yang manis, merah isinya dan mengandungi banyak jus. Namun kadang-kala, selepas tembikai dibelah, harapan kita seakan-akan hancur melihatkan buah yang disangka manis adalah tawar, isi yang disangka merah rupanya merah pucat, bahkan jus pula kurang. Lantas kita terus menyalahkan pembeli, penjual dan penanam tembikai itu; tanpa disedari kita seolah-olah menyalahkan Pencipta tembikai itu.
Sesungguhnya, setiap daripada kita pasti menginginkan kehidupan yang indah, damai dan bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana anasir yang mampu merobek kebahagiaan yang kita alami. Kita impikan seluruh kehidupan kita ini berjalan dengan sebaiknya, malahan kita selalu meminta kepada Yang Maha Kuasa supaya diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Namun, saat ujian datang menjengah dalam hidup kita, bagaimana penerimaan kita? Bagaiman reaksi kita dalam menghadapi segala dugaan yang kita rasakah tidak pernah putus?
Adakah kita redha menerima segala ujian yang diberikan?
Adakah kita terus-terusan menyalahkan Si Pemberi Ujian?
Atau adakah kita hanya bermuram durja lantas terus berhenti berharap kepadaNya?
Kita sentiasa mahukan buah tembikai yang manis, merah isinya dan mengandungi banyak jus. Namun kadang-kala, selepas tembikai dibelah, harapan kita seakan-akan hancur melihatkan buah yang disangka manis adalah tawar, isi yang disangka merah rupanya merah pucat, bahkan jus pula kurang. Lantas kita terus menyalahkan pembeli, penjual dan penanam tembikai itu; tanpa disedari kita seolah-olah menyalahkan Pencipta tembikai itu.
Selasa, 5 November 2013
MAAL HIJRAH
Perjalanan yg dlalui dan ranjau yg dtempuh adakala menjadi penguat diri dan adakalanya menjadi penguji jiwa..sungguh diri ini manusia yg kerdil sering leka dan alpha,sering hanyut dengan nafsu dunia...
Kala,bulan berganti bulan, dikala musim bertukar musim..
diri ini juga melalui transformasi USIA
dan kini menanti detik pertukaran TAHUN BARU bermula lagi ..
Semoga,pertukaran tahun baru ini menjadikan diri yang kerdil ini menjadi TABAH dan dewasa dalam menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang...
BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN, dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah dan entah mana2... ..kawan2 skampung maupun skerja .
BUAT SDARAMARA..abg adik kakak.pakcik/makcik.tokcik tokwan..spupu spapat spusing spusat dan.seluruh UMAT ISLAM sdunia...(pehhh mcm ramai)..
................................................SALAM MAAL HIJRAH 1435............................................................
Yg jauh dekat2kan... Yg dekat mesra2kan
Kala,bulan berganti bulan, dikala musim bertukar musim..
diri ini juga melalui transformasi USIA
dan kini menanti detik pertukaran TAHUN BARU bermula lagi ..
Semoga,pertukaran tahun baru ini menjadikan diri yang kerdil ini menjadi TABAH dan dewasa dalam menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang...
BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN, dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah dan entah mana2... ..kawan2 skampung maupun skerja .
BUAT SDARAMARA..abg adik kakak.pakcik/makcik.tokcik tokwan..spupu spapat spusing spusat dan.seluruh UMAT ISLAM sdunia...(pehhh mcm ramai)..
................................................SALAM MAAL HIJRAH 1435............................................................
Yg jauh dekat2kan... Yg dekat mesra2kan
MARAH SEORANG SUAMI.. MARAH SEORANG ISTERI
Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..
Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.
Marah seorang Suami…
“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka seksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.
Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.
Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..suruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam.
Langgan:
Catatan (Atom)
Mesti Gempak Punya!~