Selasa, 12 November 2013

MESEJ TERSIRAT


Tengahari itu matahari memancar dengan sangat terik. Bahangnya sangat kuat. Peluh keluar sesuai dengan keringat yang dicurahkah. Rasanya begitu enak kalau dapat minum air bersama ais. Tapak pembinaan itu sungguh bising. Bunyi deruman mesin disamping jeritan-jeritan pemantau kontraktor menambah lagi kebisingan di kawasan pembinaan itu.

Dari tingkat atas pembinaan, seorang pemuda sedang tekun menyapu simen pada dinding bangunan baru yang sedang dibina. Setelah penat, dia berhenti sekejap. Memandang dengan asyik pekerja di bawah yang sedang bertungkus lumus sedang mencampurkan adunan simen. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing dek mencari sesuap rezeki.
Matanya tiba-tiba berhenti pada sesuatu. Dia dapat melihat sebatang besi besar telah hampir untuk jatuh dari atas. Dia perlu cepat bertindak memberitahu orang di bawah sana. Jika tidak, tentu ada yang tercedera. Bencana di tempat pembinaan bukanlah boleh di buat main-main. Terleka sahaja, ia mungkin mengundang maut. Dia cuba menjerit dengan kuat dari atas. Tetapi jeritannya itu ditenggelami oleh bunyi deruman mesin. Nyata dia tewas. Suaranya tidak berjaya menarik perhatian orang di sana.
Lantas dia mendapat idea. Dikutip beberapa batu yang terdapat dalam adunan simen itu. Dibalingkan batu itu kepada rakannya yang berada di bawah. Batu yang mengena kepala mereka membuatkan mereka memandang ke atas. Mesej dapat disampaikan. Malapetaka dapat diselamatkan.

Pekerja Baja

Kisah yang dikongsikan merupakan analogi tentang kehidupan kita. Pekerja di bawah adalah umpama kita. Pekerja yang di atas adalah tuan kita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, atau kesakitan atau malapetaka.
Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu, kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusan dunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan dan berlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas. Kita begitu asyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan kita untuk melihat ke atas. Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkan-Nya kepada kita. Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas. Melihat ke  atas supaya kita tidak leka dengan urusan dunia. Melihat ke atas supaya kita sering mengingati-Nya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjuk-Nya. Melihat ke atas supaya kita dekat dengan-Nya.
Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah Tuhan tidak menyayangi kita. Tetapi ia mungkin perkara disebaliknya. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batu kecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat dengan-Nya.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hamba-Nya begitu hampir dengan-Nya.

BERAMAL BIARLAH IKHLAS





 “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”



Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

BAHAGIAKAH KITA ?

  
Kumbang



















Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…
“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?



Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah s.a.w. dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah s.a.w. tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah s.a.w. sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Apa sebenarnya bahagia itu? 

 Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya “kaki masjid”, kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi’li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir Pada Lidah (Qauli)

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma’thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Zikir Pada Hati (Qalbi)

Tidak cukup sekadar “membaca” atau “menyebut” kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan “Subhanallah” apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Zikir Pada Perbuatan (Fi’li)

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik “Subhanallah” itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia “menyucikan” dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.


Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

BUAH TENBIKAI

Ibarat Buah Tembikai

Sesungguhnya, setiap daripada kita pasti menginginkan kehidupan yang indah, damai dan bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana anasir yang mampu merobek kebahagiaan yang kita alami. Kita impikan seluruh kehidupan kita ini berjalan dengan sebaiknya, malahan kita selalu meminta kepada Yang Maha Kuasa supaya diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Namun, saat ujian datang menjengah dalam hidup kita, bagaimana penerimaan kita? Bagaiman reaksi kita dalam menghadapi segala dugaan yang kita rasakah tidak pernah putus?

Adakah kita redha menerima segala ujian yang diberikan?

Adakah kita terus-terusan menyalahkan Si Pemberi Ujian?

Atau adakah kita hanya bermuram durja lantas terus berhenti berharap kepadaNya?

Kita sentiasa mahukan buah tembikai yang manis, merah isinya dan mengandungi banyak jus. Namun kadang-kala, selepas tembikai dibelah, harapan kita seakan-akan hancur melihatkan buah yang disangka manis adalah tawar, isi yang disangka merah rupanya merah pucat, bahkan jus pula kurang. Lantas kita terus menyalahkan pembeli, penjual dan penanam tembikai itu; tanpa disedari kita seolah-olah menyalahkan Pencipta tembikai itu.

Selasa, 5 November 2013

IBU AYAH



 

MAAL HIJRAH


Perjalanan yg dlalui dan ranjau yg dtempuh adakala menjadi penguat diri dan adakalanya menjadi penguji jiwa..sungguh diri ini manusia yg kerdil sering leka dan alpha,sering hanyut dengan nafsu dunia...

Kala,bulan berganti bulan, dikala musim bertukar musim..
diri ini juga melalui transformasi USIA
dan kini menanti detik pertukaran TAHUN BARU bermula lagi ..

Semoga,pertukaran tahun baru ini menjadikan diri yang kerdil ini menjadi TABAH dan dewasa dalam menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang...

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN, dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah dan entah mana2... ..kawan2 skampung maupun skerja .
BUAT SDARAMARA..abg adik kakak.pakcik/makcik.tokcik tokwan..spupu spapat spusing spusat dan.seluruh UMAT ISLAM sdunia...(pehhh mcm ramai)..

................................................SALAM MAAL HIJRAH 1435............................................................
                                      Yg jauh dekat2kan... Yg dekat mesra2kan

Gambar: ASSALAMMUALAIKUM...

Perjalanan yg dlalui dan ranjau yg dtempuh adakala menjadi penguat diri dan adakalanya menjadi penguji jiwa..sungguh diri ini manusia yg kerdil sering leka dan alpha,sering hanyut dengan nafsu dunia... 

Kala,bulan berganti bulan, dikala musim bertukar musim..
diri ini juga melalui transformasi USIA
dan kini menanti detik pertukaran TAHUN BARU bermula lagi ..

Semoga,pertukaran tahun baru ini menjadikan diri yang kerdil ini menjadi TABAH dan dewasa dalam menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang...

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN, dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah dan entah mana2... ..kawan2 skampung maupun skerja .
BUAT SDARAMARA..abg adik kakak.pakcik/makcik.tokcik tokwan..spupu spapat spusing spusat dan.seluruh UMAT ISLAM sdunia...(pehhh mcm ramai).. 

..........................SALAM MAAL HIJRAH 1435...................................
#Yg jauh dekat2kan... Yg dekat mesra2kan

MARAH SEORANG SUAMI.. MARAH SEORANG ISTERI


Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..

Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.  

Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”

Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”

Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.

Marah seorang Suami…
“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.

Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka seksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.

Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.

tumblr_ldjqak5xg21qe2ci1o1_500

Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..suruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.

Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam.

Ahad, 11 Ogos 2013

FAMILY



Baca pelan2  dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
     Katanya “Maafkan saya juga,
     Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
    Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
    Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
    Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
    Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
    Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
    Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

 “Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
    “Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
      Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
     Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
     Airmataku mencurah ibarat air di kali,
 Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
    “Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
     Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
    “Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
     Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
     Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
     dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY”?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
” HARGAILAH KELUARGA ANDA “

Khamis, 18 Julai 2013

CERITA FB



BYK YG BETUL @ BYK YG BOHONG

Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Ia sebagai medium bersosial terkini.

Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka hati manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam2 gelagat manusia terkisah,
Ada yg betul caranya dan ada yg salah.
Ada yg percaya... ada yg x ambik kesah

Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan harta warisan,

Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…

Facebook…Facebook…Facebook!

Rabu, 17 Julai 2013

LUAHAN SEORANG SUAMI



ISTERI YANG TERBAIK....

SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

**************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…


 Saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini…

Tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…

Ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.

Namun ustaz, saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.

Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..

Bertudung labuh,bersopan santun, baik budi bahasanya.

Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..

Cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.

Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.

Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.

Namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.

Pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya...

Dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?"

Paannggg..!!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.

Perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…

Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.

Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..

Tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya dengan amat baik sekali...

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.

Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..

Ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya...

Dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…

Saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya..

Rupanya dia tetap tabah dan bersabar..

Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…

Tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.

Dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…

Tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.

Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..

Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.

Berak kencing saya dia tadahkan, dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi, jijik mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..

Bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..

Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..

Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.

Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.

Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.

Kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..

Kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.

Dulu, dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..

Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.

Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.

Besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.

Badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..

Kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….

Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.

Saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.

Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….

”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.

Berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.

Saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”

Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…

Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..

Malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…

Ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.

Saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.

Tapi katanya,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.

Ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya..

Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….

Menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...?

Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….

Tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..

”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik, takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya...sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.

Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..

Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis

“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…

Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…

Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..

mendengar cerita abang….

menyambut abang pulang dari kerja….

bergurau dan bermanja dengan abang…..

memeluk abang ketika tidur…..

tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…

jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….

Kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…

Ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….

Sayangilah isteri anda….

Selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…

Janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…

Pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya……



P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..

Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA.

Jumaat, 14 Jun 2013

CKIT PUNYA HARU...

Perkara ni jadi 6 thn lepas, esoknya nak puasa ler, aku ingat lagi... sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan2 kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat brjalan aku pun lepak kat tingkat atas..g prkena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)..Aku pun gerak...member2 aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound nyer....aku pun start tulis.......

"HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...


Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow2 aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku xleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan2, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganye aku teman dia ! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member2 aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. xpa aku pun cakap kalau tak caya jom aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak naik escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, x tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ jugak.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smua pakat dok gelak, aku blur !@##$%^&*......

Adake patut satu perempuan buat camtu kat orang macam aku nie, aku pun x tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker aku????

AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak x faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!


Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member2 aku semua pun senyap.........aku x tau, tiba2 aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong

Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........


Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tu, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan2 ngan I.. apsal tiba2 u kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan2 ngan you, I xkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yg dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member2 aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. menber aku senyap jer.. dia x tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata2 dia........

Ingat2 balik, aku nak nangis pun ada mengenangkannya, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku x salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "APA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising2"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan2"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadi, tiba2 dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap x mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku x tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member2 aku tanya aku apa yang jadi,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apasal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadi.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku x hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku x kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... skrang ko tuduh aku mencuri, aku x buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah2 lah tuh, dia silap.. dah xyah kecoh2"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku x takut ler... ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"
Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka... tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia tension...

"Stakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie x paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku x nak tapi member2 semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh... sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku x tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla......tiba2 aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. x malu"

Aku campak cek tuh, aku terus g kat dia..... aku x kira aku x pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia ingat aku x sanggup buat..sambil pejam mata.. aku cuba tampar muka dia..
baru nak angkat tangan..ada orang tahan.. aku pun buka mata.. tengok2 member aku kat buju katil...

"Oii2 ..Bangun Oii... dah sahur dah nie..."



HAHAHA...MESTI SEMUA TENSENN...JGN MAREEE..

Isnin, 10 Jun 2013

MELAYUKAH KITA ???


Melayukah kita?
jika hanya pada wajah
jika hanya pada mata
jika pada kulit sawo matang
jika berhimpun kita hanya berdansa?

Melayukah kita?
jika berbicara cengil dan melatah
jika surau kosong belaka
jika bersalam berlaga dada?

Melayukah kita?
jika bersidang bermanis muka
jika bersurai mula mencerca?

Melayukah kita?
jika hanya pada kata-kata
jika terlupa nahu dan tatabahasa?

Melayukah kita?
jika melihat keris hanya senjata
jika Melayu hanya sekadar nama
hingga mereka tersenyum bertanya,
itukah Melayu yang berbudi bahasa?

SUMPAH PENDEKAR




Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan bergelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun dari Dato' Laksmana
DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Kita tentang petualang yang datang
Kita sanggah musuh yang menyerang
Kita usir pengkhianat yang curang, kita benci; ada warga yang menconteng arang...
Kita benteng bumi pertiwi ini yang rela menjadi dalang
Kita ganti setiap inci dengan titisan darah hulubalang.
Demi wasiat Ulul Amri; sejak berabad diwarisi
Amanah mempertahankan keluhuran perlembagaan yang hakiki...
Kedaulatan undang-undang yang murni

Sumpah pendekar...
Pantang undur walau setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris di pinggang kalau tidak berani mati

Berdentum guruh di langit
Merkah bumi dipijak, "PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK"
Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada takhtanya,
Pulangkan cokmar pada laksmana
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan Bangsa pada Martabat
Sumpah bukan cuma di bibir
"GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG"

Bumi warisan ini
"TANAH TUMPAH DARAH KITA"
Masih menuntut sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
Semerah darah Si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
Semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
Semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
Dan kita pun masih di sini
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
Keutuhan tekat yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar
"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA"

 Pembakar semangat sumpah pendekar yang hadir demi mempertahankan Islam, Bangsa dan Tanah Melayu. Memang meremang segala jiwa yang ada.

Tika terdengar jeritan sumpah pendekar, gendang "perang" bertalu di pukul petala, maka bermulalah gerak langkah seorang pejuang agama, Bangsa dan tanahair...!!!

AllahuAkbar..!!!

Khamis, 25 April 2013

PESAN TOK NENEK

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan: 









Ssekali mgapa kita tidak mghayati buku sejarah negara yg mencatatkan keadaan kehidupan nenek moyang kita dulu kala dicengkam kuku besi penjajah..
Segala yang dialami mnjadi bara penjana semangat mereka brganding tenaga
berkongsi minda serta brganding bahu memerdekakan negara, membebaskan bangsa dari kkejaman dan kezaliman si durjana..
Ketika itu sgala yang dilakukan jauh daripada kepentingan perib
adi atau parti..

Ssekali mgapa kita tidak mempelajari dan mengambil iktibar dari sejarah zaman silam...
Kita generasi kini sepatutnyalah perlu terus tegak berdiri di atas satu paksi
berjuang dan berkorban mempertahan kemerdekaan dan kemakmuran yang kita nikmati kini..

Ssekali mgapa kita tidak mnginsafi dan musabah diri kemerdekaan itu tak datang brgolek kmakmuran itu tak datang melayang..
Usah trperdaya pada mereka yang punya kepentingan peribadi semata2..


Pesan datuk nenek jagailah dusunmu kerana hanya itu saja satu2nya warisan peninggalanku..
Pagarilah agar tidak dicerobohi kelak kamu tidak menjadi fakir ddusunmu sendiri
menagih sesuap nasi mengharap belas simpati..
Peliharailah tanah brtuah ni agar jgn djajahi lagi...................











































































































































































Jumaat, 19 April 2013

PANTUN PENDEKAR

                                           Gambar: Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung
Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

    
                                

Apa guna kepuk dladang
Kalau tidak berisi pagi
Apa guna keris dpinggang
Kalau tidak berani mati

Sampan kotak kenapa dkayuh
Hendak blayar ktanah sberang
Patah kepak brtongkatkan paruh
Pantang menyerah dtgh gelanggang
                    

MENGAPA HARUS KECEWA


Gambar: Kecewa 
kenapa?? mengapa?? 
pada siapa??
mungkin kerana peristiwa lama 
mungkin kerana hati telah terluka 
mungkin kerana tak ingin lagi di kecewa 

maka 
kerana itu hati kita menderita 
engkau aku dan dia 
siapa yang dapat membalut luka 
takkan tiada yang menghulur tangan 
untuk membaluti lukamu
untuk membantu mengubati
jangan simpan semua itu dhati
nanti yang merana diri sendiri 
Mereka sedap2 drumah makan spargeti
kau termenung terkulat2 hisap jari

merajuk 
harus kah di pujuk 
sampai bila nak merajuk 
masam mu bagaikan jeruk 
mungkin lebih teruk dari beruk 
namun.sampai bila..sampai tua 
jangan jadi gila
apa yang aku dapat 
apa yang engkau dapat 
apa yang kita dapat

Puisi ini ku reka bukan untuk mencaci
maupun untuk mencela sesiapa
sekadar untuk mengingati sesama kita
terutama diriku sendiri
Maaf andai ada yg trasa 



Kecewa
kenapa?? mengapa??
pada siapa??
mungkin kerana peristiwa lama
mungkin kerana hati telah terluka
mungkin kerana tak ingin lagi di kecewa

maka
kerana itu hati kita menderita
engkau aku dan dia
siapa yang dapat membalut luka
takkan tiada yang menghulur tangan
untuk membaluti lukamu
untuk membantu mengubati
jangan simpan semua itu dhati
nanti yang merana diri sendiri
Mereka sedap2 drumah makan spargeti
kau termenung terkulat2 hisap jari

merajuk
harus kah di pujuk
sampai bila nak merajuk
masam mu bagaikan jeruk
mungkin lebih teruk dari beruk
namun.sampai bila..sampai tua
jangan jadi gila
apa yang aku dapat
apa yang engkau dapat
apa yang kita dapat

Puisi ini ku reka bukan untuk mencaci
maupun untuk mencela sesiapa
sekadar untuk mengingati sesama kita
terutama diriku sendiri
Maaf andai ada yg trasa

BUKAN UTK SIAPA



                               

Hidup itu tuntutannya pelbagai...
Keluarga...Cinta...Tuhan....
Hubungan sesama kita...
Semua perlu dipenuhi dalam satu masa...
Kita x sekali boleh tamak haloba..
Apa sahaja yang diimpi, disaji di depan mata...
Namun bukan semua yang kita khendaki..boleh dikecapi.
Kita harus berdepan seribu satu ragam kerenah manusia..

Sekali jatuh trsungkur...
Kita diasuh.. dsuruh blajar brtongkat..
Pasrah Bukan Brerti Brserah...
Redha Bukan Brerti Mngalah...
Kerna kita ddidik sbgai seorng juara..
Dlm bribu benih yg dtabur hnya kita mampu mngatasi rintangan
Mngapa harus lemah slepas dlahirkan..
Sdangkan khidupan ini dcipta utk kita...
Bukan untuk siapa...?


                                            

AZIMAT



Usah beronak mencipta angkara
Amanah dijunjung paling utama
Pada negara jangan derhaka
Agar x tersasar nafsu serakah

Pesan yg lama sentiasa d ingat
Usah menghalalkan cara kerana hajat
Demi kenikmatan yang tak berkat
Kemenangan bukannya utk jalan singkat
Nanti kaki sendiri tersadung terjerat
Dunia terang tiada berganti gelap gelemat
Dulukan rakyat bukannya kaum kerabat....



Kalau benar mengidam kuasa..
Hendaklah wajar tingkah dan cara.
      Kalau kuasa hendak digenggam.

      Kebaikan orang jangan dihentam.
Kalau kuasa ingin dirampas..

Jangan sampai hendak menindas.
      Kalau kuasa dimahukan sungguh..

      Buangkan sombong lemparkan ego.
Kehebatan kuasa ingin dilakar..

Keaiban orang jangan diselongkar.
      Keinginan berkuasa sekiranya hadir..

      Jangan suka mempersenda menyindir.
Kalau kuasa menjadi keutamaan..

Tingkatkan takwa kukuhkan iman.

Khamis, 18 April 2013

Cerita Kedai Kopi...

                   http://w1.bharian.com.my/bharian/Gallery/BatuSapi/106

Orang kita kalau bercerita pasal politik memang no 1.
Cakap lempang lempong mengalahkan pak menteri..
Mengutuk sana mengata sini..
Pemimpin itu salah pemimpin ini tak betol..
Ada je yg dkritiknya
Ada jugak yg tak ambik tau langsung..
Orang camni Ibarat Lalang.. 
Ribut cmmna pun tetap x tumbang.. 
Lantak koranglah cuma menunggu apa yg terhidang...
Tapi bila dtanya mengundi DUN mana...
"eekk3.. saya tak pernah mengundi"
Hampehhh..
Alasan " Malas beratur n letih menunggu lama"

Tapi bila ambik BRIM dia dulu yg sebat..
Pantang lepa dia dulu yg nganga..
Sanggup pulak beratur panjang..

Jangan salahkan orang sedangkan diri sendiri tak ambik peluang..

.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...