Suatu hari, seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seoarang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian, diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkan. Selepas itu dia menulis sesuatu didalam buku catatan yang sentiasa dibawa kesana kemari.Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian itu dan ini.
Sementara Pendayung sampan hanya memerhati dan sesekali mendongak kelangit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata didalam hati,"hmm, hari dah nak hujan."
"Ok, semua sudah siap, mari kita pulang ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya kearah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang barulah Professor itu menegur Pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan". Tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya tuan." Jawab Pendayung sampan itu dengan ringkas.
"Seumur hidup kamu ? Jadi kamu tak tahu banyak perkara selain dari mendayung sampan saja? Tanya Professor itu dengan sombongnya.
Pendayung sampan itu hanya mengelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati Professor itu bertanya lagi, " kamu tahu geografi ? "
Pendayung sampan itu mengelengkan kepala lagi.
"Kalau macam itu, kamu telah kehilangan 25% dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "kamu tahu biologi ?"
Pendayung sampan mengeleng-gelengkan kepala.
"Kasihan, kamu dah kehilangan 50% usia kamu. Kamu tahu apa itu fizik ? " Professor itu masih bertanya lagi.
Saperti tadi Pendayung sampan hanya mengelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tidak tahu."
"Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai Pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan hanya berdiamkan diri.
Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebatnya berserta dengan ribut sekali. Tiba-tiba datang ombak besar. Sampan itu terhoyong-hayang dilambung ombak lalu terbalik. Professor dan Pendayung sampan terpelanting jauh.
Dalam pada itu sempat juga Pendayung sampan bertanya pada Professor "Tuan tahu berenang?" Professor mengelengkan kepala.
"Kalau macam tu, tuan sudah kehilangan 100% usia kamu." Kata Pendayung sampan sambil berenang menuju ke pantai.
Moral Cerita : Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu menjamin kehidupan yang sempurna. Tak guna kita tahu dalam banyak perkara jika tidak tahu tentang asas kehidupan. Adakalanya orang yang kita anggap bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita, dia mungkin bodoh dalam bidang yang tak kena-mengena dengan kerjayanya tetapi MASTER dalam bidang diceburi.
Jadi tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk untuk di gunakan dan boleh digunakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa komen anda