Sabtu, 27 November 2010

Kisah & Teladan



Suatu petang disebuah pasaraya, seorang lelaki muda Awang yg tengah berjalan di bahagian dapur terperasan ada seorang ada seorang perempuan tua sedang memerhatikan. Awang terus pergi ke bahagian buah2an tapi dari ekor matanya perasan perempuan tua itu masih juga memandang dan mengekorinya. Akhirnya Awang pun buat dek aje, sebab dia ingat itu mungkin perasaannya semata2.

Lepas mengambil 3 tin sardin, 2 bungkus mi segera dan sebungkus roti (maklumlah orang bujang). Awang pun menuju ke kaunteruntuk membayar barang2nya. Akan tetapi di tengah jalan, perempuan tua tadi cepat2 memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan mak cik, nak!!" kata perempuan itu.
"Mak cik, mintak maaf bebanyak kalau anak rasa tak senang dengan pandangan mak cik tadi."
"Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ini serupa macam arwah anak mak cik yg telah meninggal 2 bulan lepas, akibat kemalangan."
Mendengarkan kata2 mak cik itu, serta-merta timbul rasa sedih di hati Awang. Barulah Awang faham kenapa perempuan itu asyik saja memandangnya.
"Ooh, gitu ke ceritanya mak cik? Maaflah, saya tak tau..." kata Awang dengan nada sedih.

"Kalau gitu, ada apa2 yg boleh saya tolong?" tanya Awang.
"Aaaa... mak cik ada 1 permintaan kecik, itupun kalau anak tak keberatan." kata perempuan itu.
"Apa dia mak cik?" tanya Awang.
"Bila mak cik jalan keluar nanti, boleh tak anak lambai dan ucap 'bye2... mak!!' Terubat betul rindu mak cik kalau ank dapat tolong sebab arwah anak selalu buat cam tu pada mak cik."
"Ooh... boleh..boleh takde masalah." balas Awang.
Dia kemudian mencium tangan perempuan tua itu selepas perempuan tua tersebut menghulurkan tangan dan meminta Awang menciumnya.

Setelah juruwang memasukkan semua barang ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya kearah Awang. Awang pun melambaikan tangannya kembali sambil melaung "bye.. mak... bye.. maaaakk....."

Apabila perempuan tua itu hilang dari pandangan, dengan hati yg masih sebak Awang pun menghulurkan barang yg dia ambil tadi kepada juruwang untuk membayar harganya.
"Jumlah semuanya RM 260.30 encik." kata juruwang pasaraya itu setelah meng'punch' harga sardin, roti dan mi segera.
"Hahhh!! 260 hinggit??" terkejut kambing Awang mendengar kata juruwang itu.
"Ggg....ngapo maha sangat, ambo beli barang sikit jah..guano sapa 260 riyal?" tanya Awang tak puas hati sampai terkeluar dailek keKelantanannya.
"Habis tu..tadi mak encik kata, encik nak bayarkan untuk dia sekali!" kata juruwang itu.

"Hahh! Mok ambo? @#$%&*" Mata Awang terkebil2....



moral cerita : Buat baik berpada2



info : Hanya terdapat 2 jenis ular di Pulau Hawaii. Ular laut yg jarang ditemui dan kedua ular buta yg hidup saperti cacing tanah di pulau itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa komen anda


.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...