Ahad, 28 November 2010

Bapa ku hebat.



Kringggggggggg...... Loceng sekolah pun berbunyi menanda waktu persekolahan untuk hari ini telah tamat. Kelihatan 3 sahabat berjalan keluar dari kelas untuk pulang bersama2.
Dalam perjalanan pulang 3 sahabat ini bercerita tentang kehebatan bapa masing2 ketika memandu.

Sahabat pertama bercerita " Bapa saya berkerja sebagai pemandu bas ekspres, perjalanan dari KL ke Kota Bharu hanya memakan masa 4 jam saja. Tiap2 bulan dapat surat saman"

"Bapa saya lagi laju bila membawa teksi, dalam jalan 'jem' bapa saya boleh sampai kurang 10 minit dari Klang ke KL. Sampaikan meter tambang pun habis pusing." Sambung sahabat ke2 pulak.

Sahabat ke3 yg dari tadi mendengar perbualan mereka berdua pun menyampok, "Itu belum hebat lagi, bapa saya lagi laju bila bawak motor. Bapa saya habis kerja pukul 4 petang tapi pukul 3.30 dah sampai rumah"



Info : Terdapat banyak spesis labah2 yg sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak2nya yg baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak2nya drpd memakan sesama sendiri.

Sabtu, 27 November 2010

Kisah & Teladan



Suatu petang disebuah pasaraya, seorang lelaki muda Awang yg tengah berjalan di bahagian dapur terperasan ada seorang ada seorang perempuan tua sedang memerhatikan. Awang terus pergi ke bahagian buah2an tapi dari ekor matanya perasan perempuan tua itu masih juga memandang dan mengekorinya. Akhirnya Awang pun buat dek aje, sebab dia ingat itu mungkin perasaannya semata2.

Lepas mengambil 3 tin sardin, 2 bungkus mi segera dan sebungkus roti (maklumlah orang bujang). Awang pun menuju ke kaunteruntuk membayar barang2nya. Akan tetapi di tengah jalan, perempuan tua tadi cepat2 memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan mak cik, nak!!" kata perempuan itu.
"Mak cik, mintak maaf bebanyak kalau anak rasa tak senang dengan pandangan mak cik tadi."
"Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ini serupa macam arwah anak mak cik yg telah meninggal 2 bulan lepas, akibat kemalangan."
Mendengarkan kata2 mak cik itu, serta-merta timbul rasa sedih di hati Awang. Barulah Awang faham kenapa perempuan itu asyik saja memandangnya.
"Ooh, gitu ke ceritanya mak cik? Maaflah, saya tak tau..." kata Awang dengan nada sedih.

"Kalau gitu, ada apa2 yg boleh saya tolong?" tanya Awang.
"Aaaa... mak cik ada 1 permintaan kecik, itupun kalau anak tak keberatan." kata perempuan itu.
"Apa dia mak cik?" tanya Awang.
"Bila mak cik jalan keluar nanti, boleh tak anak lambai dan ucap 'bye2... mak!!' Terubat betul rindu mak cik kalau ank dapat tolong sebab arwah anak selalu buat cam tu pada mak cik."
"Ooh... boleh..boleh takde masalah." balas Awang.
Dia kemudian mencium tangan perempuan tua itu selepas perempuan tua tersebut menghulurkan tangan dan meminta Awang menciumnya.

Setelah juruwang memasukkan semua barang ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya kearah Awang. Awang pun melambaikan tangannya kembali sambil melaung "bye.. mak... bye.. maaaakk....."

Apabila perempuan tua itu hilang dari pandangan, dengan hati yg masih sebak Awang pun menghulurkan barang yg dia ambil tadi kepada juruwang untuk membayar harganya.
"Jumlah semuanya RM 260.30 encik." kata juruwang pasaraya itu setelah meng'punch' harga sardin, roti dan mi segera.
"Hahhh!! 260 hinggit??" terkejut kambing Awang mendengar kata juruwang itu.
"Ggg....ngapo maha sangat, ambo beli barang sikit jah..guano sapa 260 riyal?" tanya Awang tak puas hati sampai terkeluar dailek keKelantanannya.
"Habis tu..tadi mak encik kata, encik nak bayarkan untuk dia sekali!" kata juruwang itu.

"Hahh! Mok ambo? @#$%&*" Mata Awang terkebil2....



moral cerita : Buat baik berpada2



info : Hanya terdapat 2 jenis ular di Pulau Hawaii. Ular laut yg jarang ditemui dan kedua ular buta yg hidup saperti cacing tanah di pulau itu.

Jumaat, 26 November 2010

Cuba Teka

Berapa Berat Gelas ini ?


Suatu hari, seorang guru berdiri dihadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid2nya, "cuba kamu teka, berapa beratkah gelas yg saya pegang ini".

Jawab murid yg duduk dihadapan kelas ; "50 gram, cikgu"
Guru tersenyum ; " Yang lain, soalnya "
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang murid perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki ditengah2 kelas "mesti 150 gram, cikgu"
Dan diikuti beberapa pelajar lain, jawapan mereka berkisar antara 50 hingga 500 gram.

Jadi siapakah yg berjaya memberi jawapan yg tepat ? Adakah berat gelas itu 50 gram ? 100 gram atau 150 gram atau 210 gram atau? atau? atau?.....

Jawab gurunya, "Jawapan kamu semua mungkin betul dan mungkin salah !
pulak @#$%^& ( pelajar kebingungan )

Guru tersenyum lagi ; Sebenarnya berat gelas berisi air ini bergantung berapa lamakah kamu memegangnya 1 jam? 2 jam? 1 hari? 2 hari atau berapa lama kamu mampu bertahan ?
"Jika kamu pegang gelas ini 1,2 minit tak jadi masalah. Kalau 1 jam, tangan kamu akan sakit, 2, 3 jam tak mustahil air dalam gelas ini akan berkocak, 1 hari kamu memegangnya air didalam gelas ini akan tumpah dan makin lama kamu memegangannya tak mustahil gelas ini akan terlepas dari pegangan tangan.

Sambung guru lagi ; "Murid2 sekalian...berat gelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangannya, ia akan menjadi bertambah berat."
"Apa yg patut kamu lakukan letakkan gelas ini kebawah, rehat beberapa minit dan sambung kembali"

"Begitu juga kehidupan kita sehari2. Jika ada masalah, selesaikan dengan secepat mungkin. Kalau masih gagal menyelesaikannya, rehat buat berapa minit dan sambung kembali. Jika masih gagal lagi lupakan buat seketika masalah tersebut dan ambil waktu untuk menyelesaikannya.

"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan mudah terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."


Kisah 4 Sahabat



Suatu ketika dulu ( kira2 zaman Hang Tuah ) ada 4 sahabat pergi belajar ilmu kesaktian dengan seorang petapa yang maha hebat gitu. Diakhir pengajian mereka di gua yang tersembunyi itu, keempat2 sahabat tersebut sahabat tersebut dianugerahkan 1 kesaktian setiap seorang.

Yang pertama, boleh menyambungkan anggota badan yang putus. Yang kedua, boleh menyembuhkan luka. Ketiga, boleh memasuk dan mengalirkan darah kedalam urat saraf dan yang keempat, boleh menghidupkan yang telah mati.

Keempat2 sahabat itu gembira dengan kesaktian yang telah dianugerahkan oleh guru tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada si petapa tadi dan kemudian berjalan keluar dari gua tersebut untuk pulang kerumah masing2.




Dalam perjalanan pulang, mereka ternampak bangkai seekor harimau. Wah! Inilah masanya untuk mencuba kesaktian yang baru dimiliki. Lantas si lelaki pertama menyambung semula anggota badan dan tulang-menulang harimau tersebut. Sahabat ke2 mengambil giliran dengan menyembuhkan lukanya. Sahabat ke3, menggerakan semula darah didalam badan harimau berkenaan manakala sahabat ke4, menghidupkan semula.

Sebaik membuka mata, harimau itu tanpa membuang masa terus menerkam dan membaham keempat2 sahabat tadi.

moral cerita : Cerdik biarlah bertempat

.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...