Sabtu, 7 Mei 2011

Professor Yang Angkuh

Suatu hari, seorang professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seoarang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian, diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkan. Selepas itu dia menulis sesuatu didalam buku catatan yang sentiasa dibawa kesana kemari.Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian itu dan ini.

Sementara Pendayung sampan hanya memerhati dan sesekali mendongak kelangit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata didalam hati,"hmm, hari dah nak hujan."

"Ok, semua sudah siap, mari kita pulang ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya kearah pantai.

Hanya dalam perjalanan pulang barulah Professor itu menegur Pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan". Tanya Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya tuan." Jawab Pendayung sampan itu dengan ringkas.
"Seumur hidup kamu ? Jadi kamu tak tahu banyak perkara selain dari mendayung sampan saja? Tanya Professor itu dengan sombongnya.

Pendayung sampan itu hanya mengelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati Professor itu bertanya lagi, " kamu tahu geografi ? "
Pendayung sampan itu mengelengkan kepala lagi.
"Kalau macam itu, kamu telah kehilangan 25% dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "kamu tahu biologi ?"
Pendayung sampan mengeleng-gelengkan kepala.
"Kasihan, kamu dah kehilangan 50% usia kamu. Kamu tahu apa itu fizik ? " Professor itu masih bertanya lagi.
Saperti tadi Pendayung sampan hanya mengelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tidak tahu."
"Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai Pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan hanya berdiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebatnya berserta dengan ribut sekali. Tiba-tiba datang ombak besar. Sampan itu terhoyong-hayang dilambung ombak lalu terbalik. Professor dan Pendayung sampan terpelanting jauh.
Dalam pada itu sempat juga Pendayung sampan bertanya pada Professor "Tuan tahu berenang?" Professor mengelengkan kepala.
"Kalau macam tu, tuan sudah kehilangan 100% usia kamu." Kata Pendayung sampan sambil berenang menuju ke pantai.



Moral Cerita : Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu menjamin kehidupan yang sempurna. Tak guna kita tahu dalam banyak perkara jika tidak tahu tentang asas kehidupan. Adakalanya orang yang kita anggap bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita, dia mungkin bodoh dalam bidang yang tak kena-mengena dengan kerjayanya tetapi MASTER dalam bidang diceburi.
Jadi tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk untuk di gunakan dan boleh digunakan?

Jumaat, 8 April 2011

Maafkan Ku

Mata..................
pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
hingga membuatkan sahabat ku menjauhkan diri


Telinga...............
pernahkah kau tersasar berita
hingga membuatkan sahabat ku terpinggir


Mulut...................
pernahkah kau tersasul bicara
hingga membuatkan sahabat ku terluka


Lidah...................
pernahkah kau berburuk sangka
hingga membuatkan sahabat ku terasa


Sahabat yang baik............
apabila dilahirkan membuatkan insan lain tersenyum riang
sedang Ia menangis

dan apabila Ia telah pergi
membuatkan orang lain akan menangis kernanya
sedang Ia tersenyum puas


Persahabatan.............
bukan matematik yang dapat di hitung nilainya
bukan ekonomi yang mengharap materi
tapi sahabat...............
adalah sejarah yang akan di kenang sepanjang zaman

Isnin, 4 April 2011

Mengejar Pelangi

Rindu.................
datang lagi buat sekian kalinya
menjadi tetamu di anjung waktu
mengetuk kembali di birai jendela
seberkas pengalaman silam
membebat luka lama
pada sekilas pertemuan semalam


Rindu..................
datang lagi buat sekian kalinya
mendodoikan nyanyian suara hati
biarpun tika ini..
aku sudah tidak bisa
untuk menarikan lenggang cinta
dan zapin kasih sayang
buat mengiringi paluan canang
sepi berdendang


Rindu..................
datang dan pergi silih berganti
dan di terasingan begini
aku kian lelah sendiri
membilang butir harapan
kian layu di sudut jambangan


Namun......
rindu pasti akan datang bersandar
buat sekian kalinya di sini
untuk membalut luka lama
pada bingkai kenangan
di gerbang lamunan


Rindu..................
datang lagi buat sekian kalinya
merakam mimpi wangi
di pangkal siang di puncak malam
bersama percikan suara-suara ombak
memetakan sebuah pulau sepi
untuk ku usung kembali
pada palitan parut kelmarin
dalam album kaca waktu


Sedangkan.........
pada tika ini
aku sudah tidak segagah lagi
untuk berlari......dan terus berlari
Mengejar Pelangi

Jumaat, 25 Mac 2011

FB PUNYA CERITA

fb ........
macam2 cerita didalamnya
ada suka, ada duka
ada gurau senda hilai tawa
tak kurang juga yang merapu entah kemana

fb.........
berbicara tanpa suara
mendengar tanpa telinga
sampaikan kita leka
lupa semua perkara

fb..........
popularnya mengatasi surat khabar
macam2 cerita ada didalam
keluhan hati, curahan rasa
yang jauh bertanya khabar
yang dekat berkirim salam
lepas rindu, dendam kesuma

fb.........
tak kurang juga yang mengutuk mengata
ada je benda yang yang tak kena
yang bermuka2 pun ramai juga
habis satu dunia dijaja kesini, kesana

fb..........
banyak fantasi dari realiti
bisnes sana sini. berniaga itu ini
usung profile ke sana ke mari
tak kurang pula yang bermadah puisi

fb............
macam-macam perkara boleh buat
mencari sahabat yang jauh yang dekat
boleh komen boleh berdebat
lagi best boleh berchat

fb...........
apa lagi nak kata
ada baik ada buruknya
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan
jangan jadikan sebagai batu loncatan
marilah kita sama-sama fikirkan


maaf kalau ada yang terasa
apa lagi yang ada kena-mengena
kalau ada silap dan salahnya
jangan di simpan di dalam dada

KADANG2 PUNYA CERITA

Kadang2 .....
ada banyak ceritanya


Kadang2..........mahu jadi genius
mahu jadi terkenal

Kadang2..........cukup saja begini
nak apa lagi

Kadang2..........tidak ambil peduli
apa nak jadi, jadilah

Kadang2..........ingat mahu lari
nak bebaskan diri

Kadang2..........terlalu tension
tak hirau alam sekeliling

Kadang2..........terlalu berkhayal
masa berlalu tak disedari

Kadang2..........terlalu suka
lupa diri, lupa mati, lupa semuanya

Kadang2..........terlalu sedih
ingat itu, ingat ini

Kadang2..........terlalu resah
serba dibuat tak kena

Kadang2..........nak itu, nak ini
penyudahnya benda yang dihendak berlalu pergi

Kadang2..........terfikir nak buat itu, nak buat ini
tapi satu hapah pun tak jadi

Kadang2..........hati2 cakap
takut menyinggung perasaan

Kadang2..........terlepas gak cakap
ada yang ambil hati

Kadang2..........rasa nak tolong
takut dikata sombong

Kadang2..........tak mahu ditolong
takut termakan budi

Kadang2..........takut nak menolong
nanti ada yang berkata,
"ehem ehem ada apa2 ke....."

Kadang2..........terkena
menyesal

Kadang2..........mengena
puas hati

Kadang2..........benci.. benci.. benci..
tapi dalam hati
rindu..rindu..rindu

Kadang2..........rindu
tapi malu2 kucing......miauwww

Kadang2..........tak kisah
tapi difikirkan juga

Kadang2...........buat2 lupa
tapi dikenang juga



Banyaknya kadang2
sampai bila pun tak habis cerita
fikir2kanlah.........




.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...